Rabu, 9 April 2014

SENYUM KELIHATAN MENARIK

Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.

Berikut adalah kelebihan senyum :

1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D


Kalau tak percaya... cuba buat.

Senyum-senyumlah selalu okey!


REFLEKSOLOGI


Teknik Urutan Refleksologi


Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan . Sejak kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres. Teknik refleksologi mempunyai banyak kelebihan khususnya untuk kesihatan tubuh.

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan. Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.

Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing. Bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan. Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik,” katanya.

FAKTA: Kelebihan refleksologi

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan dan lain-lain lagi.

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

Apa tunggu lagi... Jom pergi mengurut.



AMALAN BERSENAM/BERSUKAN DAPAT MENGATASI MASALAH LEMAH SYAHWAT.


Kelebihan Bersenam

Gelombang hidup sihat mula melanda negara kita, tetapi sedihnya sebilangan besar masyarakat kurang memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan lebih teruk kerana mengandaikan mereka bebas daripada penyakit. Nampaknya tanpa sedar ramai yang memegang konsep ‘Saya sihat sehinggalah dibuktikan sakit’. Ia konsep pincang yang perlu dibuang kerana pegangan seperti inilah membuatkan ramai tidak melihat kepentingan pemeriksaan kesihatan, walaupun sedar mengamalkan gaya hidup yang boleh menjerumuskan ke lubuk penyakit.

Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramai yang benar-benar sedar dan menjadikannya sebagai satu agenda harian yang wajib dilakukan?
Ramai pakar perubatan menyifatkan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan. Namun, masih ada kelompok yang mencari-cari alasan untuk melepaskan diri daripada menunaikan tuntutan badan ini.

Selain pemakanan yang sihat, pengambilan herba dan urutan, kaedah lain bagi merawat masalah syahwat adalah dengan konsisten bersenam dan bersukan setiap minggu. Pesakit perlu mencari satu hobi bersukan seperti badminton, futsal dan lain-lain.

Apabila peluh keluar semua organ dan sistem saraf serta sistem aliran darah akan berjalan dengan lancar. Selain itu, bersenam dan bersukan secara konsisten akan menyelesaikan masalah stress.



Search

Memuatkan ...